Alhamdulillah, nampak nya pavlova mendapat sambutan hangat dari org2 berdekatan sis cake house & cafe ni :P. X sgka ramai rupanya peminat pavlova ni...pavlova ni "open for order" lebih kurang petengahan bulan sept 12 tempoh hari dan kalau x silap sejak hari tu dah lebih dari 10 order dah kot.
Kalau tau dah lama ida open order..hehe...(rezeki)
Yang paling best, ahad ni ida dpt tempahan 8 biji pavlova serentak (7 dari rakan kepada rakan dan 1 dr rakan tempat keja adik) so kat sini ida nak ucap tq sgt kat my school mate Cikgu Hazura Hamzah for the support and juga buat my sis..tq ye..hehe..
Best sbb byk tempahan tpi risau gak nak siapkan..huhu. Harap semua berjalan lancar and customer puas hati. amin..
Upcoming order for pavlova pun ada lagi dan sis cake house mengalu-alukan sesiapa saja yang berdekatan utk order ye.:)
so bagi siapa2 yang berhampiran Sis Cake House & Cafe boleh la cuba try Pavlova yang famos amos dan suppa duppa sedap ni...boleh check kat sini ye!.
Friday, October 19, 2012
Thursday, October 18, 2012
~PAVLOVA RECIPES~
1ST OF ALL JUST NAK TERANG APA ITU PAVLOVA.....
sumber dari joyofbaking dan irmadilondon :) tq..copy paste ye
Pavlova (pav) adalah sejenis meringue
kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama.
Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan
terasa licin dan crispy. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti
marshmallow. Mengikut sejarahnya Pavlova ni adalah desert yang berasal dari newzealand dan juga australia.Maklumat ni ida ada terbaca kat blog mana entah..hehe.
Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.
Biasanya, pavlova dihidangkan bersama
whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry,
cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai
rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.
Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream (lebih pun xpa)
1 1/2 sudu besar gula
icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan,
ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung)
telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan
telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan
antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam
suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih
dari sebarang air dan kesan minyak.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer
dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul hingga adunan berbuih.
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi,
masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan sehingga berkilat.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan
tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan
mengeluarkan tanduk atau senang cita bila terbalikkan mangkuk adunan tadi x tumpah...ha dah jadi le tu. :)
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
sampai sebati.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka.
Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas
minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp.
Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang
kita lukis.
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya
panaskan 20 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15
minit, turunkan suhu kepada 130'C. Masak selama 1 jam 20 minit. Pavlova dimasak dengan
api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam
tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak
masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar
menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing dan x melekat. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan
meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk. bila dah sejuk boleh keluarkan baking paper dari pavlova dan letak di atas pinggan or pelapik kek or bekas yg sesuai.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga
kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais
bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan
gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis.
Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik.
Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped
cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat
nanti takut pavlova tu berderai.
Selamat mencuba.
sumber dari joyofbaking dan irmadilondon :) tq..copy paste ye
Wednesday, October 17, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Sunday, October 14, 2012
~Quiche Recipes~
versi besar |
versi mini |
keratan rentas..:) |
resepi quiche
- 4 biji telur | ||||
- 1/4 cawan susu (fresh milk) | ||||
- 1 sudu kecil lada sulah | ||||
- beberapa udang dipotong kiub.isi ayam or sosej pun boleh | ||||
- 1 keping keju, potong halus dan panjang | ||||
- sedikit daun bawang dan daun sup | ||||
- 1 kiub ayam maggie | ||||
- 1 sb mayonis | ||||
1. Pukul telur + susu + lada sulah + daun bwg/sup + mayonis + kiub ayam | ||||
2. Masukkan udang dan keju | ||||
3. Tuang ke dalam loyang bersaiz kecil / yg sesuai | ||||
4. Bakar lebih kurang 8 minit pada 190c | ||||
5. Keluarkan dan hidang |
Friday, October 12, 2012
Thursday, October 11, 2012
~Red Velvet Cake Recipes~
RESEPI RED VELVET CAKE
A: 2 1/2 Cawan tepung superfine
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tbsp koko powder
*diayak
*diayak
B: 240 ml buttermilk (240ml freshmilk + 1 tsp cuka,
biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam
buttermilk
C: 125g unsalted butter /1/2 cwn (butter biasa pun boleh)
300g gula castor (ida guna 1cwn ja)
2 bj telur gred A
1 tsp vanila
D: 1 tsp cuka
1 tsp baking soda
Kaedah:
1. Pukul butter selama 2
minit. (sehingga lembut)
2. Masuk gula castor, pukul lagi 3
minit hingga ringan dan gebu.
3. Masuk telur sebiji sebiji.
4. Masuk vanila
5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang
seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas
baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam
batter.
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar
pada suhu 175g selama 30 minit. (saya boh dalam satu loyang, bila masak belah
melintang)
* dah siap boleh letak topping dan hias ikut kreativiti masing2.
* dah siap boleh letak topping dan hias ikut kreativiti masing2.
TOPPING
-250gm cream cheese (ida suka tatura cream cheese)
-250gm mascarpone(xltk pn
xpe guna cream cheese ja)
Pukul kedua-duanya sampai kembang. Lepas tu
masukkan icing sugar.
Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu
masukkan
-300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit
sama sebati.
selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)