ITALIAN RAINBOW CAKE | ||||||||
Rujukan
: zuriani alias & kak azlita masam manis |
||||||||
3 cwn tepung gandum | ||||||||
4 sdk baking powder | ||||||||
1/2 sdk garam | ||||||||
1 cwn butter ~ suhu bilik | ||||||||
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis | ||||||||
5 biji putih telor ~ suhu bilik | ||||||||
2 sdk esen vanila | ||||||||
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik | ||||||||
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau | ||||||||
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang | ||||||||
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. | ||||||||
sapukan juga baking paper dengan butter | ||||||||
Panaskan oven pada suhu 170C | ||||||||
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan | ||||||||
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . | ||||||||
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan | ||||||||
Masukkan esen vanila | ||||||||
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar | ||||||||
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. | ||||||||
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. | ||||||||
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung | ||||||||
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan | ||||||||
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar | ||||||||
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata | ||||||||
Masukkan dalam loyang | ||||||||
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. | ||||||||
Bila dah masak letak atas redai | ||||||||
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan | ||||||||
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan | ||||||||
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek
mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih
dan melekat antara satu sama lain. Lepas dah msak semua lapisan boleh la letakkan topping dan filling yg anda suka. Biasanya ida suka letak cream cheese frosting sbb kek ni manis so bila kena ngan masam cheese tu baru sedap...ikutla citarasa masing2. ok selamat mencuba :) |
Wednesday, September 5, 2012
~resepi Italian Rainbow Cake~
Labels:
resepi kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment