Tuesday, November 20, 2012

~Durian Crepe pre-order~

Pre-order untuk desert yang tengah hot dan meletup di pasaran sekarang< " Durian Crepe " telah dibuka :) (6pcs/RM10)
sesiapa yg berminat sila order di sini ->http://siscakehousecafe.blogspot.com/p/how-to-order.html
InsyaAllah , ahad depan 02.12.12 anda akan mendapat durian crepe anda :)

Friday, October 19, 2012

~demam pavlova~

Alhamdulillah, nampak nya pavlova mendapat sambutan hangat dari org2 berdekatan sis cake house & cafe ni :P.  X sgka ramai rupanya peminat pavlova ni...pavlova ni "open for order" lebih kurang petengahan bulan sept 12 tempoh hari dan kalau x silap sejak hari tu dah lebih dari 10 order dah kot.
Kalau tau dah lama ida open order..hehe...(rezeki)

Yang paling best, ahad ni ida dpt tempahan 8 biji pavlova serentak (7 dari rakan kepada rakan dan 1 dr rakan tempat keja adik) so kat sini ida nak ucap tq sgt kat my school mate Cikgu Hazura Hamzah for the support and juga buat my sis..tq ye..hehe..

Best sbb byk tempahan tpi risau gak nak siapkan..huhu. Harap semua berjalan lancar and customer puas hati. amin..

Upcoming order for pavlova pun ada lagi dan sis cake house mengalu-alukan sesiapa saja yang berdekatan utk order ye.:)

so bagi siapa2 yang berhampiran Sis Cake House & Cafe boleh la cuba try Pavlova yang famos amos dan suppa duppa sedap ni...boleh check kat sini ye!.


Thursday, October 18, 2012

~PAVLOVA RECIPES~

1ST OF ALL JUST NAK TERANG APA ITU PAVLOVA.....

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan crispy. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. Mengikut sejarahnya Pavlova ni adalah desert yang berasal dari newzealand dan juga australia.Maklumat ni ida ada terbaca kat blog mana entah..hehe.
 
Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.



Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

 

Resepi Pavlova.



Bahan-bahan :



4 biji putih telur

1 cawan gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1 sudu besar tepung jagung



Topping/hiasan :



1 cawan (240 ml ) whipping cream (lebih pun xpa)

1 1/2 sudu besar gula icing.

1/2 sudu teh esen vanilla



Tip sebelum membakar :



1- Pastikan, ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.



2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.



Cara-cara :



1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul hingga adunan berbuih.



2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan sehingga berkilat.


3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk atau senang cita bila terbalikkan mangkuk adunan tadi x tumpah...ha dah jadi le tu. :)


4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.


5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

 
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.


7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.


Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 20 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.



2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 130'C. Masak selama 1 jam 20 minit. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)



Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing dan x melekat. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk. bila dah sejuk boleh keluarkan baking paper dari pavlova dan letak di atas pinggan or pelapik kek or bekas yg sesuai.



Cara menghias :



1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.



2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.



3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.



Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.


Selamat mencuba.

sumber dari joyofbaking dan irmadilondon :) tq..copy paste ye


 

Sunday, October 14, 2012

~Quiche Recipes~


versi besar


versi mini


keratan rentas..:)



  resepi quiche

- 4 biji telur
- 1/4 cawan susu (fresh milk)
- 1 sudu kecil lada sulah
-  beberapa udang dipotong kiub.isi ayam or sosej pun boleh
- 1 keping keju, potong halus dan panjang
- sedikit daun bawang dan daun sup
- 1 kiub ayam maggie
- 1 sb mayonis

1. Pukul telur + susu + lada sulah + daun bwg/sup + mayonis + kiub ayam
2. Masukkan udang dan keju
3. Tuang ke dalam loyang bersaiz kecil / yg sesuai
4. Bakar lebih kurang 8 minit pada 190c
5. Keluarkan dan hidang


Thursday, October 11, 2012

~Red Velvet Cake Recipes~


                                                                    
RESEPI RED VELVET CAKE
 
A: 2 1/2 Cawan tepung superfine

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

2 tbsp koko powder
*diayak




B: 240 ml buttermilk (240ml freshmilk + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)

2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk





C: 125g unsalted butter /1/2 cwn (butter biasa pun boleh)

300g gula castor (ida guna 1cwn ja)

2 bj telur gred A
1   tsp vanila
D: 1 tsp cuka

1 tsp baking soda





Kaedah:

1. Pukul butter selama 2 minit. (sehingga lembut)

2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit hingga ringan dan gebu.

3. Masuk telur sebiji sebiji.

4. Masuk vanila

5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.

6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter.

7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit. (saya boh dalam satu loyang, bila masak belah melintang)
* dah siap boleh letak topping dan hias ikut kreativiti masing2.


TOPPING


-250gm cream cheese (ida suka tatura cream cheese)
-250gm mascarpone(xltk pn xpe guna cream cheese ja)
Pukul kedua-duanya sampai kembang. Lepas tu masukkan icing sugar.
Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu masukkan
-300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit sama sebati.
 
 
selamat mencuba.






 

~my mom birthday & rumah terbuka raya~








Thursday, September 13, 2012

Thursday, September 6, 2012

~resepi Snowy cheese cake~




Snowy cheese cake
Sumber  :  sherry_mz@myresipi.com

Bahan-bahan
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
*bagi yg x sukakan cream yg manis gantikan 1/2 tin susu dgn 1 cwn non UHT whipping cream + cosway vanilla 3in1 ( ida suka gn cara ni, baru kena ngan anak tekak)
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)



Cara-cara
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

~Resepi Choc Moist Cake~

choc moist cake with choc ganache topping
choc moist cake with stim butter cream topping

Choc moist cake with fresh cream & choc ganache topping

choc moist cake with fresh cream topping






KEK CHOC MOIST
SUMBER RUJUKAN: JOM MASAK
BAHAN A






- 2cwn tepung gandum
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bikarbonat
**ayak bahan diatas
BAHAN B
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 2 cwn fresh milk / chocmilk
- 1 cwn myk masak (ida guna myk canola)





**masak semua bahan B  dengan api perlahan hingga larut



BAHAN C
- 2 biji telur A
- 1sdt esen vanila

cara cara
- pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen
- masukkan bahan yg dimasak...kacau sebati
- masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
- tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
- ttup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik
- kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana
- tunggu sejuk sebelum dituang topping

kek choc moist topping spesel....



- 100ml susu cair
- 300g choc masakan dicincang
- 2sdb serbuk koko
- 1sdb butter / marjerin

cara cara
- panaskan ssu cair hingga mendidih tepi...ttup api
- masukkan choc masakan & serbuk koko...kacau hingga larut
- masukkan butter...kacau sebati
- boleh tuang atas kek